1. Apakah Sekolah Bina Insan Yayasan MSU (SBI YMSU)?
Jawapan: SBI YMSU adalah sebuah Sekolah Menengah Tahfiz Swasta di bawah pentadbiran Yayasan MSU yang dipengerusikan oleh Prof Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid (Presiden MSU). SBI YMSU merupakan institusi yang menyediakan sistem pendidikan di dalam erti kata yang sebenar berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. SBI YMSU juga menyediakan sistem menyeluruh yang berteraskan tasawwur Islam ke arah membina insan kaffah yang memiliki iman, ilmu dan berakhlak mulia.
2. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBI YMSU?
Jawapan: Permohonan kemasukan ke SBI YMSU boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang www.binainsan.edu.my
3. Siapakah yang boleh memohon ke SBI YMSU?
Jawapan : Murid lepasan Tahun Enam yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja dan bersekolah di sekolah kerajaan atau swasta.
4. Bolehkah pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 memohon ke SBI YMSU?
Jawapan : Pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 boleh memohon di SBI YMSU sekiranya terdapat kekosongan tempat dan lulus temuduga yang dijalankan di SBI YMSU .
5. Bilakah permohonan kemasukan baru dibuka setiap tahun?
Jawapan : Permohonan akan dibuka secara rasmi bermula bulan Oktober setiap tahun. Walau bagaimanapun, borang permohonan on-line yang terdapat di laman sesawang sekolah boleh diisi sepanjang tahun dan akan diproses sekiranya terdapat kekosongan tempat (Sepanjang Tahun).
6. Bagaimana cara untuk menyemak status permohonan ke SBI YMSU?
Jawapan : Pemohon boleh membuat semakan di laman sesawang sekolah di bahagian ’Semak Permohonan‘ dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon.
7. Bagaimana sekiranya tidak dapat membuat permohonan baru kerana pernah memohon sebelum ini?
Jawapan : Pemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah untuk mengemaskini status terkini pemohon.
8. Adakah permohonan hanya diambil pada awal tahun sahaja?
Jawapan : Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara on-line sepanjang tahun dan pihak sekolah hanya akan memproses permohonan tersebut sekiranya terdapat kekosongan tempat.
9. Apakah syarat kemasukkan di SBI YMSU?
10. Adakah SBI YMSU berdaftar secara sah?
Jawapan : SBI YMSU telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Kod Sekolah: BZH9022) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (Kod Sekolah: BLAH004SMIPS).
11. Apakah kurikulum yang dijalankan di SBI YMSU?
Jawapan : Kurikulum (Silibus Hafazan Al-Quran)
Semua pelajar disasarkan menghafaz 30 juzuk dalam masa lima tahun mengikut susunan seperti berikut:
Jawapan : Kurikulum Tingkatan 1, 2 dan 3
Jawapan : Kurikulum Tingkatan 4 dan 5
Terdapat tiga (3) aliran iaitu, Tahfiz Ekonomi, Tahfiz Sains dan Tahfiz Perakaunan.
Tahfiz Ekonomi
Tahfiz Sains
Tahfiz Perakaunan
12. Berapakah umur kemasukkan di SBI YMSU?
Jawapan : Pemohon mesti berumur 13 tahun (Tingkatan 1 dan ke atas (dipertimbangkan).
13. Adakah pelajar wajib tinggal di asrama?
Jawapan : Pelajar diwajibkan tinggal di asrama.
14. Bilakah pelajar dibenarkan wajib balik dan outing?
Jawapan : Pelajar hanya dibenarkan pulang mengikut taqwim yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Taqwim akan diberikan pada awal tahun sesi persekolahan. Secara asasnya, balik wajib adalah sebulan sekali manakala outing adalah dua minggu sekali.
15. Berapakah yuran tahunan dan bulanan di SBI YMSU?
16. Adakah terdapat tajaan untuk pelajar?
17. Bagaimana cara untuk menghubungi SBI YMSU?
18. Apakah kelebihan SBI YMSU?
19. Kemanakah hala tuju pelajar SBI YMSU selepas SPM?
‘Pelajar SBI YMSU Adalah Insan Bukan Robot, Pemburu Kecemerlangan Dunia dan Akhirat serta Berjiwa Kreatif Dan Kritis’.
‘Memaknai Ilmu, Membina Insan dan Mencontoh Adab’