Mukhayyam Madinah kini hadir dengan nafas baharu.
*MUKHAYYAM AL HARAMAIN SBI YMSU 2026*. Meneruskan legasi program mobiliti antarabangsa SBI, namun diperkasakan dengan pengisian lebih komprehensif dan bermakna dengan keberkatan dua Tanah Haram.
Program yang memberi fokus kepada empat teras utama:
📖 Tahsin & Talaqqi Al-Quran
📜 Mutun Hadis
🕌 Sirah Nabawiyyah
🗣️ Bahasa Arab
Lebih istimewa, anak-anak SBI bukan sahaja menuntut ilmu, tetapi berpeluang merasai pengalaman pembelajaran di bumi Haramain, mendekatkan diri dengan Al-Quran, menyelami sirah dan menghayati kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Majlis peluncurannya telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Pengerusi SBI YMSU merangkap Pengasas Yayasan MSU. Setinggi-tinggi penghargaan atas amanat, sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam memperkasa pengalaman pendidikan anak-anak SBI.
✨ Bukan sekadar perjalanan merentas bumi, tetapi perjalanan membina ilmu, adab dan jiwa.
📢 Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2027 dibuka.
Klik link untuk permohonan pendaftaran:
https://bit.ly/permohonanpendaftaranpelajarSBI
#SekolahBinaInsan
#TahfizAkademik
#MukhayyamAlHaramain2026













