:
SEKOLAH%20BINA%20INSAN%20(SBI)
Share:


 

YAYASAN MSU (SBI YMSU)

SBI YMSU adalah sebuah sekolah yang berada di bawah pentadbiran Yayasan MSU yang dipengerusikan oleh Prof Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid

VISI

Menjadi pilihan utama sebagai wadah untuk membentuk insan ta’dibi demi mencapai keredhaan Allah dan kejayaan di dunia dan akhirat melalui kecemerlangan sahsiah, akademik dan kemahiran.

Misi

>Membentuk Pakar Ilmuwan, Sains, Teknokrat Dan Profesional Yang Bertaqwa Serta Berakhlak Mulia Melalui Pendekatan Dan Strategi Pembelajaran & Pengajaran (Pdp) Yang Relevan Dan Sistem Penilaian Yang Diiktiraf Di Peringkat Negara Dan Global Sehingga Menjadi Pilihan Utama Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta(IPTA/S).

>Melahirkan Pelajar Yang Berkemahiran Insaniah(soft Skill), Mapan Sahsiah, Sejagat, Berdaya Pimpin Dan Jitu Qalbu Yang Berteraskan Kepada Al-quran Dan As-sunnah Melalui Pendidikan Secara Formal, Non-formal Dan Informal.

>Mewujudkan Persekitaran Yang Baik Dan Kondusif (Biah Solehah) Berteraskan Islam Melalui Fasiliti Yang Lengkap, Personaliti Yang Baik Dan Peraturan Yang Mesra Syarak.

>Menawarkan Peluang Pendidikan Yang Berpatutan Melalui Polisi Pendidikan Bukan Berasaskan Keuntungan(cost Recovery) Dan Peluang Penajaan Yang Berterusan Dan Meluas.

 Motto

'Memaknai Ilmu, Membina Insan, Mencontoh Adab'