Image Banner

πŸ’› COMMUNITY SERVICE : HEART2HEART VOLUNTEER PROGRAM πŸ’›

πŸ’› COMMUNITY SERVICE : HEART2HEART VOLUNTEER PROGRAM πŸ’›

 

Pelajar SBI berpeluang menyertai program bersama School of Hospitality and Creative Arts (SHCA) MSU menerusi pelbagai aktiviti menarik dan interaktif. 

 

🎯 Tingkatan 1–3

Aktiviti berkumpulan dan games santai. 

- membantu pelajar membina kemahiran mendengar, merancang strategi serta meningkatkan semangat kerja berpasukan.

 

🧁 Tingkatan 4–5

Aktiviti Cupcake Decorating & Homemade Pizza

- membuka ruang kreativiti pelajar dalam seni penyediaan dan hiasan makanan, di samping memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang boleh menjana ekonomi pada masa hadapan

 

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik #CommunityService #CreativeLearning

LAGI

πŸ•Œ KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PELAJAR SBI πŸ•Œ

πŸ•Œ Kursus Pengurusan Jenazah Pelajar SBI πŸ•Œ

Satu pengalaman bermakna buat pelajar SBI apabila berpeluang mengikuti Kursus Pengurusan Jenazah yang memberi pendedahan tentang teori serta amali pengurusan jenazah mengikut syariat Islam.

Program ini bukan sahaja menambah ilmu, malah membentuk kesedaran dan tanggungjawab dalam kehidupan bermasyarakat.Β 

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan bekalan pada masa hadapan, insya-Allah.Β 

Terima kasih kepada para fasilitator Tuan Haji Mohd Sopian bin Omar, Ketua Biro Khairat Kematian Masjid Bandar Bukit Puchong & Puan Nurilhuda binti Haji Endut sudi berkongsi ilmu dan pengalaman sepanjang program berlangsung.

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik #PengurusanJenazah

LAGI

✨ LADAP IT & AI: UPGRADE PDP! ✨

✨ LADAP IT & AI: Upgrade PdP! ✨

Sesi LADAP bersama Cikgu Lee Chye Mei (Guru Cemerlang Matematik, SM Teknik Tuanku Ja’afar) membuka dimensi baharu dalam dunia PdP berasaskan teknologi dan AI.

Dari idea ke inovasi — guru SBI kini lebih bersedia untuk menjadikan PdP lebih smart, interaktif dan berimpak tinggi! 

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik 

#LADAP

#SmartTeaching

#PdPInteraktif

LAGI

BITTAUFIQ WANNAJAH!

Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh pelajar Sekolah Bina Insan yang akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun (Menengah Atas) dan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (Menengah Rendah).

Semoga dipermudahkan dan memperoleh kejayaan yang terbaik. 

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik

#PPT

LAGI

✨ KANGAROO MATH COMPETITION 2026 ✨

✨ Kangaroo Math Competition 2026 ✨

 

Semalam telah berlangsungnya Kangaroo Math Competition, yang menyaksikan penyertaan seramai 147 orang pelajar SBI daripada kategori Cadet, Junior dan Senior.

Penyertaan ini membuktikan kesungguhan dan minat pelajar dalam mengasah kemahiran berfikir secara kritis serta mencabar diri dalam bidang matematik di peringkat antarabangsa.

Teruskan berusaha dan jangan pernah berhenti mencabar potensi diri! 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#KangarooMath 

#STEMEducation

LAGI

πŸ•‹SELAMAT BERANGKAT ~ HAJI MABRUR πŸ•‹

Sekolah Bina Insan YMSU mengucapkan Selamat Berangkat kepada para Dhuyufurrahman, khususnya ibu bapa SBI dan seluruh rakyat Malaysia yang diberi peluang menunaikan Ibadah Haji 1447H.

 

Semoga perjalanan ini dipermudahkan, dilindungi Allah dan dikurniakan haji yang mabrur. 

 

Sabda Rasulullah ο·Ί:

“Haji yang mabrur tidak ada balasan baginya melainkan syurga.” (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

 

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

#Haji1447H

LAGI

🌟✨ MAJLIS EIDUL ILMI WAL ADAB (EIWA) & SAMBUTAN HARI RAYA 2026 ✨🌟

🌟✨ Majlis Eidul Ilmi Wal Adab (EIWA) & Sambutan Hari Raya 2026 ✨🌟

Alhamdulillah, Majlis Eidul Ilmi Wal Adab (EIWA) yang berlangsung pada Sabtu lepas telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Majlis telah dirasmikan oleh

YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Pengasas Yayasan MSU merangkap Pengerusi Sekolah Bina Insan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada seramai 247 penerima anugerah atas pencapaian cemerlang dalam pelbagai bidang.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh. 

Pada sebelah petang, majlis diteruskan dengan Sambutan Hari Raya SBI yang diserikan dengan kehadiran lebih 2000 tetamu, meriah dengan suasana ukhuwah dan kegembiraan Aidilfitri 

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan tetamu jemputan atas kehadiran dan sokongan dalam menjayakan program ini.

SekolahBinaInsan #TahfizAkademik #EIWA2026 #SambutanHariRaya

 

Gambar penuh di : https://www.facebook.com/share/p/1X6haYxgUp/

 

 

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner