Image Banner

AYAH DAN IBU, KAMI MOHON IZIN UNTUK BERKEMBARA DAN MENGEJAR CITA-CITA DAN MENUNTUT ILMU DI TANAH HARAMAIN.

Ayah dan ibu, kami mohon izin untuk berkembara dan mengejar cita-cita dan menuntut ilmu di tanah Haramain.

Doakan kami, wahai ayah.
Restui kami, wahai ibu.
Kerana sejauh mana pun kami pergi, doa dan reda kalian yang sentiasa ada di hati.

🕋✨ MUKHAYYAM AL HARAMAIN 2026

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik
#MukhayyamAlHaramain2026

LAGI

🕋✨ MUKHAYYAM AL HARAMAIN 2026 | PERJALANAN ILMU BERMULA

🕋✨ MUKHAYYAM AL HARAMAIN 2026 | PERJALANAN ILMU BERMULA

Alhamdulillah, seramai 33 orang anak-anak SBI bersama 4 muaddib pengiring memulakan perjalanan Mukhayyam Al Haramain 2026 bermula 26 Ogos hingga 15 September 2026.

Lebih daripada sebuah program mobiliti, Mukhayyam Al Haramain memberi peluang kepada anak-anak SBI menuntut ilmu, menghayati sirah, mendekati bahasa al-Quran serta merasai sendiri pengalaman berada di bumi yang penuh barakah.

Majlis send off peserta di Kuala Lumpur International Airport turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Pengerusi SBI YMSU merangkap Pengasas Yayasan MSU, pihak pengurusan MSU dan SBI serta ibu bapa peserta.

Semoga Allah memelihara perjalanan anak-anak dan para muaddib, mengurniakan ilmu yang bermanfaat, pengalaman yang membekas di jiwa serta ibadah umrah yang diterima.

Fi hifzillah wa amanillah.

🕋 Bukan sekadar perjalanan merentas bumi, tetapi perjalanan membina ilmu, adab dan jiwa.

📢 Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2027 dibuka. Klik link untuk permohonan pendaftaran.
https://bit.ly/permohonanpendaftaranpelajarSBI

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik
#MukhayyamAlHaramain2026

LAGI

USRAH PERDANA KHAS MAULIDUL RASUL ﷺ

USRAH PERDANA KHAS MAULIDUL RASUL ﷺ

Dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan, tentulah Rasulullah ﷺ insan terbaik yang menjadi qudwah dalam akhlak, kepimpinan, keberanian dan kehidupan.

Justeru itu, pada 25 Ogos 2026 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1448H, Sekolah Bina Insan mengambil inisiatif menjemput PU Akram Ikrami bagi menyampaikan perkongsian dengan tajuk "Rasulullah ﷺ: Role Model Remaja Berjaya"

Semoga dengan mengenali sirah dan akhlak Rasulullah ﷺ, kita akan berusaha menjadikan Baginda sebagai role model dalam membentuk diri dan mencapai kejayaan.

“Sebaik-baik teladan adalah Rasulullah ﷺ.”

#SekolahBinaInsan
#TahfizAkademik
#MaulidurRasul

LAGI

🇲🇾 CERAMAH KEMERDEKAAN: ANAK BANGSA, JIWA MERDEKA 🇲🇾

🇲🇾 CERAMAH KEMERDEKAAN: ANAK BANGSA, JIWA MERDEKA 🇲🇾

 

“Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi bebas untuk membina masa depan bangsa.”

 

Pada 21 Ogos 2026, Sekolah Bina Insan Yayasan MSU telah menganjurkan Ceramah Kemerdekaan yang disampaikan oleh Mejar (B) Dato’ Salehuddin Abd Mutalib ini membawa para pelajar menelusuri kembali sejarah perjuangan dan kesusahan yang dilalui oleh generasi terdahulu dalam mengharungi perjalanan menuju kemerdekaan.

 

Semoga penghayatan terhadap sejarah perjuangan bangsa dapat menyemarakkan jiwa patriotik dan kecintaan kepada tanah air dalam diri setiap warga Sekolah Bina Insan.

 

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

#MerdekaDihargai

#SemarakkanMerdeka

LAGI

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Salam Maulidur Rasul 1448H daripada seluruh warga SBI YMSU.

 

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Teruskan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

 

📢 Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2027 dibuka.

Klik link untuk permohonan pendaftaran:

https://bit.ly/permohonanpendaftaranpelajarSBI

 

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

#We ❤️ SBIYMSU

LAGI

MAJLIS AMANAT & PELUNCURAN MUKHAYYAM AL-HARAMAIN 2026

Mukhayyam Madinah kini hadir dengan nafas baharu. 

 

 *MUKHAYYAM AL HARAMAIN SBI YMSU 2026*. Meneruskan legasi program mobiliti antarabangsa SBI, namun diperkasakan dengan pengisian lebih komprehensif dan bermakna dengan keberkatan dua Tanah Haram. 

 

Program yang memberi fokus kepada empat teras utama:

 

📖 Tahsin & Talaqqi Al-Quran

📜 Mutun Hadis

🕌 Sirah Nabawiyyah

🗣️ Bahasa Arab

 

Lebih istimewa, anak-anak SBI bukan sahaja menuntut ilmu, tetapi berpeluang merasai pengalaman pembelajaran di bumi Haramain, mendekatkan diri dengan Al-Quran, menyelami sirah dan menghayati kecintaan kepada Rasulullah SAW.

 

Majlis peluncurannya telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Pengerusi SBI YMSU merangkap Pengasas Yayasan MSU. Setinggi-tinggi penghargaan atas amanat, sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam memperkasa pengalaman pendidikan anak-anak SBI.

 

✨ Bukan sekadar perjalanan merentas bumi, tetapi perjalanan membina ilmu, adab dan jiwa.

 

📢 Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2027 dibuka.

Klik link untuk permohonan pendaftaran:

https://bit.ly/permohonanpendaftaranpelajarSBI

 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#MukhayyamAlHaramain2026

LAGI

PERKHEMAHAN PENGAKAP & PPIM

👉Satu ikatan, seribu kegunaan

Dalam dunia perkhemahan, kemahiran ikatan tali bukan sekadar teknik, tetapi asas kepada survival, disiplin dan kerjasama. 

Setiap simpulan mengajar pelajar bahawa kejayaan bermula dengan asas yang kukuh.

#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik #KemPengakapPPIM 

#SurvivalSkill

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner