🕋✨ MUKHAYYAM AL HARAMAIN 2026 | PERJALANAN ILMU BERMULA
Alhamdulillah, seramai 33 orang anak-anak SBI bersama 4 muaddib pengiring memulakan perjalanan Mukhayyam Al Haramain 2026 bermula 26 Ogos hingga 15 September 2026.
Lebih daripada sebuah program mobiliti, Mukhayyam Al Haramain memberi peluang kepada anak-anak SBI menuntut ilmu, menghayati sirah, mendekati bahasa al-Quran serta merasai sendiri pengalaman berada di bumi yang penuh barakah.
Majlis send off peserta di Kuala Lumpur International Airport turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Pengerusi SBI YMSU merangkap Pengasas Yayasan MSU, pihak pengurusan MSU dan SBI serta ibu bapa peserta.
Semoga Allah memelihara perjalanan anak-anak dan para muaddib, mengurniakan ilmu yang bermanfaat, pengalaman yang membekas di jiwa serta ibadah umrah yang diterima.
Fi hifzillah wa amanillah.
🕋 Bukan sekadar perjalanan merentas bumi, tetapi perjalanan membina ilmu, adab dan jiwa.
📢 Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2027 dibuka. Klik link untuk permohonan pendaftaran.
https://bit.ly/permohonanpendaftaranpelajarSBI
#SekolahBinaInsan #TahfizAkademik
#MukhayyamAlHaramain2026