Image Banner

FASILITI BAHARU DI SBI YMSU!

❄️✨ Suasana Baharu, Lebih Selesa dan Kondusif untuk Anak-anak SBI ✨❄️

Alhamdulillah, pemasangan penghawa dingin di asrama dan kelas Sekolah Bina Insan akan bermula.

Inisiatif ini bertujuan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selesa dan menyenangkan khusus buat para pelajar 💚

Semoga dengan suasana baharu ini, anak-anak dapat belajar dengan lebih fokus, menghafaz Al-Quran dengan tenang, serta terus bersemangat dalam menuntut ilmu 📖✨

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada

Profesor Tan Sri Dato’ Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid atas keprihatinan dan sokongan berterusan demi kebajikan dan keselesaan para pelajar Sekolah Bina Insan 🌿

Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi amal jariah yang berpanjangan 🤲

Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2026 masih lagi dibuka. Layari www.binainsan.edu.my untuk maklumat lanjut.

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik

LAGI

MUKHAYYAM MADINAH 5.0 — COMING SOON

Sebuah program flagship Sekolah Bina Insan Yayasan MSU yang dinanti,

menggabungkan talaqqi Al-Quran, ibadah umrah dan ziarah,

serta pengalaman menelusuri sirah Nabi Muhammad SAW secara langsung.

Pengalaman tarbiyah yang luar biasa untuk anak-anak SBI bakal kembali. 🌙🤍

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

#MM5.0

LAGI

PENUTUP MUKHAYYAM AL-QURAN BANIN 2025

✨ Penutup Mukhayyam Al-Quran Banin 2025✨

Alhamdulillah, berakhir sudah Mukhayyam Al-Quran Banin yang berlangsung selama 2 minggu — satu perjalanan penuh disiplin, kesungguhan dan cinta terhadap kalam Allah. 📖🤍

Semoga program ini terus menyuntik semangat dan istiqamah buat anak-anak banin untuk meneruskan hafazan ayat-ayat Allah, bukan sekadar sepanjang mukhayyam, bahkan dalam kehidupan seharian.

🌟 Tahniah & MashaAllah Tabarakallah!

🏆 Hafazan terbanyak: Wan Al Luqman bin Wan Muhammad Faizul Anuar — 95 muka surat

🏅 Ulangan terbanyak: Amirun Ammar bin Mohd Rosmin — 10 Juzuk

Teruskan mengulang dan memelihara hafazan sepanjang cuti sekolah akhir tahun nanti.

Ingatlah, Al-Quran tidak ditinggalkan — ia dijaga dengan ulang, ulang dan ulang, dengan doa dan tawakkal 💪✨

📌 Permohonan Kemasukan Pelajar Baharu Sesi 2026 masih lagi dibuka.

Layari www.binainsan.edu.my untuk maklumat lanjut.

 

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#MukhayyamAlQuran 

#BaninSBI

LAGI

LIQA MAHABBAH 2025 / SESI 2

💻✨ LIQA’ MAHABBAH 2025 ✨💻

Menjalin Ukhuwwah, Memperkasa Prestasi Anak

Alhamdulillah, Liqa’ Mahabbah 2025 berlangsung secara dalam talian sebagai platform pertemuan penuh kasih antara sekolah dan ibu bapa — demi satu matlamat bersama:

🌱 mempertingkatkan prestasi anak-anak agar lebih cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan rohani.

Kerjasama erat antara guru dan ibu bapa adalah kunci kejayaan.

Apabila doa, usaha dan bimbingan bergerak seiring, insyaAllah anak-anak akan melangkah lebih yakin dan berdaya saing 💚

Semoga pertemuan ini menjadi titik penguat untuk kita terus menyokong dan membimbing anak-anak menjadi insan berilmu, beradab dan berakhlak mulia.

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#LiqaMahabbah2025

LAGI

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah setinggi-tinggi Tahniah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-80 DYMM Sultan Selangor.

‘Dirgahayu Tuanku’

#SekolahBinaInsan

#TahfizAkademik

LAGI

MUKHAYYAM AL-QURAN 2025 LIL BANIN

📖✨ Mukhayyam al-Quran Banin 2025 – Sedang Berlangsung! ✨📖

Alhamdulillah, Program Mukhayyam al-Quran Banin kini berjalan dengan penuh semangat dan kesungguhan hingga 19 Disember 2025. Keindahan ayat-ayat Allah menjadi teman harian para pelajar selama 2 minggu ini. 

Semoga anak-anak banin kita terus bersemangat, istiqamah dan bersungguh-sungguh dalam menghafaz kalam Allah. Setiap helaian yang dihafaz, setiap ulangan yang dilafaz—semoga menjadi cahaya yang menerangi perjalanan hidup mereka. 

Doakan mereka berjaya mencapai hafazan terbaik dan pulang dengan hati yang semakin rapat dengan Al-Quran.

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#MukhayyamAlQuran 

#BaninSBI

LAGI

✨ PENUTUP MUKHAYYAM AL-QURAN BANAT 2025 ✨

Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan Mukhayyam al-Quran Banat yang berlangsung selama 14 hari — penuh disiplin, air mata usaha, dan manisnya kemajuan dalam menghafaz kalam Allah. 🌿📖

Tahniah diucapkan kepada semua peserta mukhayyam yang kekal istiqamah hingga ke penghujungnya. Setiap seorang membawa pulang pengalaman, kekuatan jiwa dan hafazan yang semakin kukuh.

🎉 Rekod terbaik Mukhayyam al-Quran Banat 2025

🏆 42 muka surat berjaya dihafaz dalam tempoh 14 hari

oleh Putri Alisya Balqis binti Megat Mohd Hafez

🏅 Ulangan terbanyak 18 juzuk

oleh Nur Iman Mardhiah binti Muhammad Kamaruzaman

Masya-Allah tabarakallah — pencapaian ini bukan hanya angka, tetapi bukti bahawa dengan kesungguhan, bimbingan dan suasana yang solehah, anak-anak kita mampu pergi jauh.

Semoga semua peserta terus istiqamah, terus jatuh cinta dengan al-Quran, dan menjadi generasi yang memimpin dengan cahaya wahyu. 🤍

#SekolahBinaInsan 

#TahfizAkademik 

#MukhayyamAlQuran 

#BanatSBI

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News

Image Banner