✨ “SPM hanyalah Alat, bukan Matlamat.” ✨
Alhamdulillah, semalam telah diumukan keputusan SPM bagi tahun 2025. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025, khususnya pelajar Sekolah Bina Insan YMSU atas usaha dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan ini. Sekolah juga merakamkan kesyukuran atas peningkatan GPS pada tahun ini.
Walau apa jua keputusan yang diperoleh, hakikatnya kalian telah pun berjaya pada hari terakhir menjawab kertas peperiksaan—kerana di situlah terletaknya pengorbanan, kesabaran dan doa yang tidak pernah putus .
Ingatlah, SPM bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjuangan pendidikan yang lebih besar. Perjalanan masih panjang, dan usaha perlu diteruskan.
Kerana dengan ilmu, kita mampu mengubah kehidupan.Terus melangkah dengan yakin dan tawakkal
#SekolahBinaInsan
#TahfizAkademik
#SPM2025
#JihadPendidikan













