Amali Sembelihan SBI

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمةالله وبر كاته

 

Pengertian Penyembelihan:

Segi Bahasa:  Potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.

Segi Syara':  Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam. 

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :
 
“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”(Riwayat Ibnu ‘Abbas)
 
***************************************************************************
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Sekolah akan mengadakan Amali Sembelihan Kambing bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 & 3 mengenai teknik sembelihan mengikut Islam.  Program akan diadakan seperti ketetapan berikut:
 
Tarikh:     30 Muharam 1437h / 12hb November 2015
Hari:        Khamis
Masa:       7.30 Pagi - 2.00 petang
Jumlah Binatang Sembelihan:  12 Ekor
 
Pihak sekolah juga akan mengadakan Program Aqiqah bagi ibu bapa atau sesiapa saja yang berminat untuk menyertainya. Kepada sesiapa yang berminat boleh muat turun borang yang tertera.  Harga bagi seekor kambing adalah RM700.00.  
 
Pihak sekolah juga sangat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak ibu bapa atau sesiapa sahaja bagi menampung perbelanjaan Program Sembelihan terutamanya bagi membiayai pembelian kambing yang berharga RM700.00 seekor.  Sumbangan boleh disalurkan di akaun Sumbangan Sekolah Bina Insan Bank Islam Malaysia Berhad(BIMB) 1 2029010 067072.  Sumbangan hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekolah dengan emel slip bank atau transaksi di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau faks di 0389264654 atau secara tunai di pejabat SBI.
 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 06hb November 2015.
 
Pihak sekolah sangat mengalu-alukan kedatangan ibu bapa bagi memeriahkan majlis ini.
 
Sekian, Jazakumullahu Khairan Kathira.
 
download icon
 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini103
Yesterday158
This week1108
This month4215
Jumlah Pelawat106183

Sunday, 19 January 2020 10:46

Facebook SBI

MAKLUMAT

AKAUN RASMI SBIYMSU (YURAN) :

No. Akaun: 1066 4000 5262

Nama Bank: AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD

Nama: SBI EDUCATION SDN BHD

Sila emel butiran pembayaran ke sbi@msu.edu.my.

Hubungi Sekolah

Sekolah Bina Insan-MSU Foundation
d/a Darul Sakinah-MSU Foundation, Lot pt 7477, Jalan BP7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 Tel: 03-80630548 / 03-80662495 Fax: 03-80514514
  Waktu Urusan:
Isnin-Khamis : 8:00 pagi - 1:00 tengahari  ||
2:00 - 5:00 petang
Rehat : 1:00 - 2:00 petang 
Jumaat : 8:00 pagi - 12:15 tengahari  ||
2:45 - 5:00 petang
Rehat : 12:15 tengahari - 2:45 petang