:
SOALAN%20LAZIM
Share:


 

1.     Apakah Sekolah Bina Insan Yayasan MSU (SBI YMSU)?

Jawapan: SBI YMSU adalah sebuah Sekolah Menengah Tahfiz Swasta di bawah pentadbiran Yayasan MSU yang dipengerusikan oleh Prof Tan Sri Dato Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid (Presiden MSU).  SBI YMSU merupakan institusi yang menyediakan sistem pendidikan di dalam erti kata yang sebenar berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah. SBI YMSU juga menyediakan sistem menyeluruh yang berteraskan tasawwur Islam ke arah membina insan kaffah yang memiliki iman, ilmu dan  berakhlak mulia.

 

2.     Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBI YMSU?

Jawapan:  Permohonan kemasukan ke SBI YMSU boleh dibuat secara on-line sepenuhnya melalui laman sesawang www.binainsan.edu.my

 

3.     Siapakah yang boleh memohon ke SBI YMSU?

Jawapan : Murid lepasan Tahun Enam yang berumur 12 tahun dan ke atas sahaja dan bersekolah di sekolah kerajaan atau swasta.

 

4.     Bolehkah pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 memohon ke SBI  YMSU?

Jawapan : Pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 boleh memohon di SBI YMSU sekiranya terdapat  kekosongan  tempat  dan  lulus  temuduga  yang  dijalankan  di SBI YMSU .

 

5.     Bilakah permohonan kemasukan baru dibuka setiap tahun?

 Jawapan : Permohonan akan  dibuka  secara  rasmi  bermula  bulan  Oktober  setiap  tahun. Walau  bagaimanapun,  borang permohonan  on-line yang terdapat di laman sesawang sekolah boleh diisi sepanjang tahun dan akan diproses sekiranya terdapat kekosongan tempat (Sepanjang Tahun). 

 

6.     Bagaimana cara untuk menyemak status permohonan ke SBI YMSU?

 Jawapan : Pemohon boleh membuat semakan di laman sesawang sekolah di bahagian ’Semak Permohonan‘ dengan memasukkan nombor kad pengenalan pemohon.

 

7.     Bagaimana sekiranya tidak dapat membuat permohonan baru kerana pernah memohon sebelum ini?

Jawapan : Pemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah untuk mengemaskini status terkini pemohon.

 

8.     Adakah permohonan hanya diambil pada awal tahun sahaja?

Jawapan : Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara on-line sepanjang tahun dan pihak sekolah hanya akan memproses permohonan tersebut sekiranya terdapat kekosongan tempat.

 

9.     Apakah syarat kemasukkan di SBI YMSU?

  • Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) sekurang-kurangnya memperolehi Tahap Penguasaan (TP) keseluruhan 4 bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Pendidikan Islam.
  • Memperoleh keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) sekurang-kurangnya Jayyid atau setaraf dengannya.
  • Kemahiran bacaan dan hafazan al-Quran dengan baik dan lancar.
  • Boleh menguasai Bahasa Arab
  • Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik
  • Aktif dalam kokurikulum .
  • Lulus temuduga kemasukan; Ujian bertulis, ujian sahsiah, kemahiran hafazan serta temuduga ibu bapa/penjaga/waris.
  • Ikhlas dan bersedia tinggal di asrama dan sanggup mematuhi peraturan sekolah.

 

10.   Adakah SBI YMSU berdaftar secara sah?

 Jawapan : SBI YMSU telah berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Kod Sekolah: BZH9022) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (Kod Sekolah: BLAH004SMIPS).

 

11.   Apakah kurikulum yang dijalankan di SBI YMSU?

Jawapan : Kurikulum (Silibus Hafazan Al-Quran)

Semua pelajar disasarkan menghafaz 30 juzuk dalam masa lima tahun mengikut susunan seperti berikut:

  • Tingkatan 1        : 6 Juzuk (30, 1, 2, 3, 4, 5)
  • Tingkatan 2        : 7 Juzuk (6, 7, 8, 9, 10, 11, 12)
  • Tingkatan 3        : 6 Juzuk (13, 14, 15, 16, 17, 18)
  • Tingkatan 4        : 7 Juzuk (19, 20, 21, 22, 23, 24, 25)
  • Tingkatan 5        : 4 Juzuk (26, 27, 28, 29)

Jawapan : Kurikulum Tingkatan 1, 2 dan 3

  • Hifz al-Quran
  • Maharat al-Quran
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Geografi
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Islam
  • Rekabentuk & Teknologi
  • Talaqqi Kitab
  • Bahasa Mandarin
  • Program Jati Diri
  • Usuluddin
  • Syariah
     

Jawapan : Kurikulum Tingkatan 4 dan 5

Terdapat tiga (3) aliran iaitu, Tahfiz Ekonomi, Tahfiz Sains dan Tahfiz Perakaunan.

Tahfiz Ekonomi

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan al-Quran & as-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiyah
  • Tasawwur Islam
  • Sejarah
  • Sains
  • Matematik Moden
  • Ekonomi
  • Hafazan al-Quran
  • Talaqqi Kitab
  • Bahasa Jepun
  • Program Jati Diri 

 

Tahfiz Sains

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab Tinggi
  • Pendidikan al-Quran & as-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiyah
  • Sejarah
  • Matematik Moden
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Hafazan al-Quran
  • Talaqqi Kitab
  • Bahasa Jepun
  • Program Jati Diri

 

 

Tahfiz Perakaunan

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab Tinggi
  • Pendidikan al-Quran & as-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiyah
  • Sejarah
  • Sains
  • Matematik Moden
  • Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Hafazan al-Quran
  • Talaqqi Kitab
  • Bahasa Jepun
  • Program Jati Diri
     

12.   Berapakah umur kemasukkan di SBI YMSU?

 Jawapan : Pemohon       mesti    berumur    13   tahun   (Tingkatan 1 dan ke atas (dipertimbangkan).

 

13.   Adakah pelajar wajib tinggal di asrama?

Jawapan : Pelajar diwajibkan tinggal di asrama.

 

14.   Bilakah pelajar dibenarkan wajib balik dan outing?

Jawapan : Pelajar hanya dibenarkan pulang mengikut taqwim yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Taqwim akan diberikan pada awal tahun sesi persekolahan. Secara asasnya, balik wajib adalah  sebulan  sekali manakala outing adalah dua minggu sekali.

 

15.   Berapakah yuran tahunan dan bulanan di SBI YMSU?

  • Yuran Tahunan                        : RM 2500.00 setahun
  • Yuran Pengajian dan Asrama    : RM 750.00 sebulan
  • Yuran Makanan                       : RM 370.00 sebulan (Sukacita dimaklumkan Yayasan MSU bersetuju menaja yuran makanan bulanan pelajar)

 

16.  Adakah terdapat tajaan untuk pelajar?

  • Untuk makluman, terdapat beberapa tajaan yang disediakan untuk pelajar. Antaranya:
    • Tajaan Penuh Pengajian 5 Tahun untuk Anak Yatim Kategori Asnaf.
    • Tajaan Setahun Pengajian  (Tahun Semasa) Bagi Pelajar Cemerlang Akademik Mengikut Tingkatan.
    • Tajaan 6 Bulan Pengajian Bagi Tokoh Pelajar (Hafazan & Kokurikulum).
    • Tajaan Penuh Pengajian Bagi Tajaan Khas Presiden.

 

17.   Bagaimana cara untuk menghubungi SBI YMSU?

 

18.   Apakah kelebihan SBI YMSU?

  • Sistem pendidikan 24 jam
  • Pendidikan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah
  • Suasana pembelajaran islamik dan kondusif
  • Guru sebagai muaddib
  • Huffaz al-Quran
  • Pembinaan Insan Ta’adibi dan sahsiah menyeluruh di persekitaran kehidupan asrama berkonsep fully residential.

 

19. Kemanakah hala tuju pelajar SBI YMSU selepas SPM?

  • Selepas menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar SBI YMSU berpeluang menyambung pelajaran ke:
    • Institusi Pengajian Tinggi AWAM (IPTA)
    • Institusi Pengajian Tinggi SWASTA (IPTS)
    • Universiti Luar Negara
    • Kolej Kerajaan Negeri, AWAM & SWASTA (Contoh: Darul Quran JAKIM)
    • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

 

‘Pelajar SBI YMSU Adalah Insan Bukan Robot, Pemburu Kecemerlangan Dunia dan Akhirat serta Berjiwa Kreatif Dan Kritis’.

 

‘Memaknai Ilmu, Membina Insan dan Mencontoh Adab’