TENTATIF SESI TEMUDUGA TINGKATAN SATU (1) 2017

TENTATIF TEMUDUGA PENGAMBILAN TINGKATAN 1 2017 001Assalamualaikum Wbt.

Makluman PENTING kepada ibubapa serta calon yang terlibat dengan temuduga kemasukan pelajar Tingkatan 1 2017 Sekolah Bina Insan. Berikut merupakan masa kehadiran yang telah ditetapkan :

Sesi 1 (Pagi) : WAJIB hadir sebelum jam 8.00 pagi

Sesi 2 (Petang) :WAJIB hadir sebelum jam 2.00 petang

Diharapkan tuan/puan dapat hadir pada masa yang ditetapkan bagi melancarkan perjalanan temuduga.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua oleh Allah S.W.T.

 

LOKASI TEMUDUGA :

SEKOLAH BINA INSAN - YAYASAN MSU

D/A DARUL SAKINAH,

LOT PT 7477, BATU 14,

KAMPUNG BARU,

PUCHONG

(BANDAR BUKIT PUCHONG)

BERTENTANGAN HOTEL SUN INN DAN BELAKANG KEDAI PERABUT AVENUE PUCHONG

NO TELEFON:  011 - 2080 4634

SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA KEMASUKAN TINGKATAN SATU (1) 2017

tip temuduga spa kerajaan interview rahsia lulus temuduga kerja kerajaan 300x300

Google.com

 

Assalamualaikum W.B.T

Dimaklumkan semakan panggilan temuduga kemasukan Tingkatan satu(1) 2017 boleh mula disemak pada 2hb Disember 2016(Jumaat), Jam 2.45 petang.

Sila semak permohonan panggilan temuduga Kemasukan Tingkatan satu (1) 2017  anak tuan/puan di www.binainsan.edu.my di bahagian Semakan Pendaftaran dan cetak slip tawaran temudugaserta bawa bersama dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah:

1. Kad Pengenalan Asal Calon & Ibu Bapa/Penjaga *

2. Rekod Kesihatan / Rekod Imunisasi Calon *

3. Sijil Berhenti Sekolah Kebangsaan & Agama Asal Calon *

4. Slip Keputusan Peperiksaan UPSR & PSRA/Setaraf *

5. Sijil-Sijil Akademik/Kokurikulum Berkaitan Calon

6.  Slip Gaji/ Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga*

Sila buat salinan bagi dokumen yang bertanda (*) sahaja.

** Sesi Temuduga akan diadakan pada 16hb / 17hb / 18hb Disember 2016 (Tarikh temuduga akan ditentukan oleh pihak SBI).

**  Terdapat dua (2) sesi iaitu sesi 1 (Pagi) dan Sesi 2 (Petang).  (Sesi temuduga akan ditetntukan oleh pihak SBI).

**  Sila bawa bersama Al-Quran dan set alat tulis ketika sesi temuduga.

**  Pakaian Calon Temuduga Lelaki:  Baju Melayu Moden, Seluar Slack , Berkasut & Berkopiah/Songkok

**  Pakaian Calon Temuduga Perempuan:  Baju Kurung/ Berjubah, Bertudung Menutup Aurat & Berkasut

**  Terdapat 4 Bahagian Dalam Sesi Temuduga iaitu:

     1.  Ujian Bertulis

     2.  Ujian Hafazan

     3.  Temuduga Pelajar

     4.  Temuduga Ibu Bapa/Penjaga

 

Sekian, Jazakumullahu Khair Al Jaza'

B.p Sekolah Bina Insan

PENGAMBILAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 2017

IMG 20161024 WA0019

KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1, TAHUN 2017
 
Assalamualaikum Wrt. Wbt.
 
Sekolah Bina Insan dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kemasukan pelajar tingkatan 1 bagi sesi persekolahan tahun 2017 telah dibuka semula. 
 
Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
 
1- Warganegara Malaysia
2- Lulus UPSR, PSRA atau setaraf Jayyid 
3- Lulus temuduga pelajar dan ibubapa
4- Minat dan mahir dalam pengajian al-Quran
5- Akhlak yang baik
 
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui Website atau juga boleh didapati di pejabat SBI ( pada waktu pejabat ).
 
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila hubungi 03 8911 7279.
 
Memaknai Ilmu-Membina Insan-Mencontoh Adab.
 
Jazakumullahu Khairan Kathira

PROSES PERPINDAHAN SBI

Alhamdulillah, Syukur Ke hadrat Ilahi,  hampir 4 tahun SBI telah beroperasi, dengan Nusrah Allah S.W.T serta usaha  yang dilakukan dan bantuan serta kerjasama yang dihulurkan oleh pelbagai pihak agar memastikan matlamat SBI dan kesinambungan berterusan.  InsyaAllah.  

Untuk makluman, SBI kini masih beroperasi di Perkarangan Kolej Univerisit Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sehingga akhir Disember 2016.  InsyaAllah, sekiranya tiada apa-apa halangan, SBI akan berpindah di bangunan Darul Sakinah, Bandar Bukit Puchong bermula Januari 2017.  

 

 

Maklumat Pengunjung

Hari Ini0
Yesterday0
This week0
This month0
Jumlah Pelawat96512

Thursday, 14 November 2019 23:54

Facebook SBI

MAKLUMAT

AKAUN RASMI SBIYMSU (YURAN) :

No. Akaun: 1066 4000 5262

Nama Bank: AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD

Nama: SBI EDUCATION SDN BHD

Sila emel butiran pembayaran ke sbi@msu.edu.my.

Hubungi Sekolah

Sekolah Bina Insan-MSU Foundation
d/a Darul Sakinah-MSU Foundation, Lot pt 7477, Jalan BP7, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan

  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 Tel: 03-80630548 / 03-80662495 Fax: 03-80514514
  Waktu Urusan:
Isnin-Khamis : 8:00 pagi - 1:00 tengahari  ||
2:00 - 5:00 petang
Rehat : 1:00 - 2:00 petang 
Jumaat : 8:00 pagi - 12:15 tengahari  ||
2:45 - 5:00 petang
Rehat : 12:15 tengahari - 2:45 petang